Salam..
Dah lama betul cP x update blog ni. Sempena bulan baik ni, cP tuko tajuk blog ni dengan template dia skali.
Diam tak diam, dah masuk 16 Ramadhan. Bole dikatakan 2nd half. Kalo mcm game bola, org lebih suka tgk separuh akhir dgn akhir. Maka, kita pun kenalah perbanyakkan amal ibadah dalam 13hari lepas ni. Tak sampai 2 minggu pun lagi. InsyaAllah, moga Allah permudahkan.
Oh ye, cP ada dgr pasal satu benda ni. Kalau kita ajak orang ke arah kebaikan dan orang tu buat, kita akan dapat pahala sama mcm org tu dengan tidak dikurangkan sedikit pun. Begitu juga kalau kita ajak orang ke arah kejahatan dan orang tu buat, kita akan dapat dosanya dengan tidak dikurangkan sedikit pun.
Contohnya, kalo kita ajak orang berubah, dan dengan izinNya dia berubah, kita akan dapat pahala sama mcm org tu. Dan kalau kita ajak/ajar orang tu merompak contohnya, dan orang tu pun guna ilmu yg kita ajar utk merompak, maka kita akan dapat dosa sama mcm orang tu.
Tapi bagaimana kalau sampai satu saat, kita diberi hidayahNya untuk berubah. Bole dikatakan turning point kita. Dulu, kita pernah mengajak/mengajar orang ke arah kejahatan. Macam mana kita nak elakkan daripada dapat lagi dosa orang tu. Begini.. Kita kena pegi semula jumpa orang yg kita ajar/ajak ke arah kejahatan tu dan minta dia tidak melakukannya lagi. Beritahu yang kita cuba berubah menjadi hambaNya yang lebih baik. Dahulu kita masih jahil. Kita bagitau orang tu, kita harap dia pun dapat berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan, insyaAllah..
Maka, cP pun berharap rakan pembaca yang mengenali cP agar sama-sama kita membuat perubahan diri kita. Sedikit demi sedikit hanya kerana Allah. Perkara kecil yang dilakukan secara istiqamah (berkekalan) lebih baik daripada perkara besar yg dilakukan sekali sekala. InsyaAllah, moga Allah memberi hidayah petunjuk kepada cP, keluarga, sedara mara, dan semua sahabat karib cP dan semua muslimin muslimat untuk berubah ke arah kebaikan. Amin...