Friday, January 27, 2012

me and mobile

Salam semua. hai, pasni cP kena berblog secara mobile la. apa x nya, stmx dh kena ptg sbb x byr. haha. okla, kita jumpa di lain siaran...

Tuesday, January 24, 2012

Lets Masak-masak II

Salam Semua
Apa kabar pagi2 Selasa ni
Cuti lagi kan, bagi yg x menyambung cuti, esok dah start keje,
Termasukla cP..

Pagi2, perut dah berdangdut mintak diisi
Mula2 macam nak beli roti canai/prata je, tapi takut org tu cuti lagi
So cP pun apa lagi, sinsing lengan (walaupun pakai t-shirt jah), dan start ke dapur

Menu apa hari ni?
Hah, ingat mee goreng je ada mee goreng basah?
Kali ni cP mempersembahkan, Sardin Basah ala ciriPie

Bahan2
- bawang putih
- bawang kecik
- bawang besar      *kuantiti tiga2 bawang ni bergantung, ikut byk mana sardin dan citarasa korg
(ketiga2 bahan tu didadu, atau macam cP buat, henyak je asal hancur)
- sardin (ini penting ya, ikut tema masakan. kalo nak ganti tuna pun bole, tapi tema dia Tuna Basah la..)
- air asam jawa
- garam
(cP guna pati asam jawa Adabi ye, pastu masukkan sikit air dan tambah garam sesuka hati korg. lagi sikit lagi   meriah, kesihatan kena jaga ohkay!)
- minyak masak

Cara2 memasak
- senang je, campak je semua yg dah dihenyak dalam minyak masak
- tunggu sampai naik bau, ataupun tunggu je sampai 5 minit (pandai pulak cP nak bezakan naik bau atau x)
- masukkan air asam jawa yg telah dicemari dengan garam
- dah nampak menggelegak tu, hah masukkan isi ikan sardin ke dalam
- hancurkan ikan sardin tau, kalo x, amik ko, seketul2 ikan sardin kena masuk mulot
- tada... siap.

Info Tambahan
* kalo korg suka pedas, tumis dulu cili kering yg dah diblender
* pastu masukkan cili hidup yg dihiris2 halus
cP xleh makan pedas sgt skrg ni, perut dah sensitip u, so makan jela yg biasa2
* Oh ye, nama tema dia Sardin Basah sbb cP terlebih air masa campur dlm asam jawa tu, haha. Patutnya sikit je air dia, yela, sardin dlm tin kan dah berkuah. Tu yg basah jah...

Ok korg, selamat mencuba resipi cP. Kalo nak lagi sedap, pepandaila korg alter ikut tekak memasing. Yela yg nak makan pun korg, bukan cP.

Hah siap bernombor lagi. Oh ye, sila klik utk gambar yg lebih besau

Monday, January 23, 2012

Lets Masak-masak

Salam Semua

Sempena musim perayaan yang panjang ni, adik cP n family dia balik Kedah
Balik umah bini dia

So, cP yang dah lama x memasak, amek la kesempatan memasak
Resipi dia simple je, kalo kat Kluang ada Nasi Ujang
Hah cP pulak ada Nasi Goreng ala ciriPie, hahaha 

Kalo nak tau, bahan2 dia mudah yg amat, klik aje gambar kat bawah, nampak la segala
Siap step by step lagi tau! Nasib baik x divideokan, kang kalah Chef One

Nak memasak ni x perlu talent.
Sedap x sedap, belakang cerita. Yang penting tekak bole terima dan kenyang
Bukan nak bukak restoren pun..

So pada sesapa yg nak mencuba Nasi Goreng ala ciriPie, cubala ye
ps: senjata rahsia, Flavoured Black Pepper by Ajinomoto (mcm perfume pulak!)

Kalo nak lagi sedap, ubah suai ikut citarasa memasing

CNY ala ciriPie

Salam semua
Semlm, cP ngan kawan cP berjalan2 di Kota Singa
dari awal pagi, sampai awal malam ko
12 jam jugaklah kitorg berjalan-jalan
*Oh ye, sila klik gambar utk pembesaran yg lebih, hehe

snapshot semua aktiviti kami di Kota Singa

Kitorg naik bas je, mudah. Dari Kotaraya, kitorg naik bas terus ke Sentosa
Murah je tau tambang dia, RM5. 
Ini kali kedua cP masuk Kota Singa, dulu 1st time just duduk je dalam van, x mencabar
Kali ni, cP berdebar2. Mana taknya, PTPTN lupa nak check dulu, kang kalo xleh masuk
x ke xde kemaluan namanya tu
Nasib baik ada Faiz (Hai Faiz!! Keh keh keh)
Dia kata, sabar.. sabar.. 
Kalo xde dia, gerenti cP lost
Seronok jugak la, merasa terkocoh kacah nak isi segala bagai, dan lepas imegresen

 Sentosa, dimana USS bakal dijelajah, hehe

Dalam sejam kitaorg sampai ke Sentosa
Kalo x sampai awal, tapi abg tu bawak bas dgn penuh sopan santun
YourSingapore kan, kalo abg2 bas kat Msia nampak, mau menanges diorg
Kat Sentosa, Faiz apa lagi, jadi Tour Guide x bergaji la
Nasib baik dia x bawak bendera kecik, kalo x sure ramai yg follow dia
Kitorg round2 kat situ, dan sempat jugak cP beli ole2 tau
Murah je, 3helai baju $10, dengan 16 keychains pun $10
Tapi cP x beli area USS, sbb kat situ semuanya cekik darah, cP beli jauh sikit, kat mana tah
Dan kemudian kitorg bertolak ke destinasi seterusnya, Orchard Road
(sila jgn convert ke RM, kalo x, payah nak beli)


 Orchard Road, dan kawasan sekitarnya

Sampai je kat Orchard Road, byk betul shopping complex dia
Bukan apa, nak bandingkan dengan JB yg alahai dengan CS nya tu
Better Kota Singa, semua dekat2
Er jgn banding dgn KL ye, sbb JB-Spore and JB-KL jarak dia jauh hookey
Mmg la KL tu sama je dengan Kota Singa, tapi kalo sekadar nak cuci mata, better la p Spore, dekat
Kalo korg nak tau, atau dah tau, Abercrombie & Fitch ada bukak kedai dia kat sini. Baru jugak la
cP ada ternampak jugak sorg model dia berdiri dekat pintu masuk kedai
Wow! Tinggi, besar, tegap,sasa, sama la macam klip utube kat bawah ni
Tp kitorg sekadar window shopping jela, tak mampoo kalo masuk pun.


hai, saya model Abercrombie & Fitch

View From The Top Orchard Central

Hah gambar yg kat atas tu, dari atas bangunan tau. Orchard Central nama dia
cP naik eskalator dia tu pun dah gayat, cuba tgk tu, kemain la tinggi eskalator dia, bukan satu, 2 ke 3 ek
Lupa la pulak
Yg gambar taman tu, dari atas atap dia la kaedahnya
Garden on roof top kaedahnya..

Er, ntah kat mana tah ni

Tgk jela ye, x tau nama tempat la, haha

Dari Orchard Road kitorg ke Merlion Park pulak
Sempat la jugak ambik gambar separuh singa separuh ikan tu, Mer+lion (Merry Cherry + Lion kot) 
Ramai orang posing2 kat situ, kitorg amik dari jauh ajela, malas nak peluk bagai merlion tu (bole ke?, ekek)
Cuba tgk gambar cP yg berlatar belakangkan Marina Bay Sand
Bayangkan, dari tempat berdiri, kitorg nak berjalan kaki ke sana, x ke ko pengsan?!
cP asyik la cakap, x ke jaaaauuuuuuh sgt, tapi ntah camne, bole jugak sampai
Jalan kaki tau! Maybe sbb kitorg jalan pelan, pastu ada stop2.
Masa tu pulak hujan, so kenala cari tempat berteduh. 
Akhirnya sampai jugak ke destinasi terakhir, Marina Bay

Marina (bukan nama sebenar)

Ramai orang cina kat sini. Ingatkan diorg ni pegi makan besar, tak jugak..
Ramai yg dah convert kot, so ramai aje orang2 cina kat mana2
Kat sini macam jugak kat Orchard Road, ada shopping complex yg besar bagak
Kedai semua jenama x ingat
Kitorg siap termasuk area casino lagi, haha
Nasib baik x berjudi (cP orang yg bole dianggap bertuah tau, tapi utk berjudi, No No No...)
Kitorg habiskan masa kat Marina tu sampai la gelap, dan nampak semua pemandangan yg menarik
Bercahaya la sgt! (tgn di dada)

Ole2 untuk anak sedara, sendiri n kengkawan

Dalam pukul 9.30 kitorg pun bersiap nak balik ke Tanah Air (mcm jauh sgt je kan)
Dari Marina kitorg naik MRT utk ke Kranji, tapi kat Yishun dia suruh turun. Kitorg pun turun la
Siap check out lagi, sbb nak cari platform A
Rupa2nya tak payah kuar, itu hanya utk org yg nak turun kat Yishun je, org yg nak terus ke Jurong, stay aje kat dalam tu
Rugi la tiket cP. $3.10 (termasuk $1 utk deposit kad)
Dah kena beli lagi tiket $2.70 (termasuk $1 utk deposit kad)
Nasib baikla x mahal sgt rege tambang dia tau
Kalo nak kira2, dalam $10 cukup utk tambang satu hari perjalanan aktiviti kitorg

Sampai je kat Kranji, kitorg pun naikla bas ke Kotaraya, dan berakhirla aktiviti jalan2 di Kota Singa
Penat mmg penat sbb jalan kaki aje, sampai lenguh2 kaki ko. Tapi berbaloi
Pasni kalo ada cuti lagi, cP nak pegi la lagi ke Kota Singa
nak memaksimumkan penggunaan paspot yg harga RM300 tu (sbb kena denda)
Lagipun dekat, kalo nak p KL, mau 4 jam baru nak sampainya
Akhir kata, TQ so much to Faiz sbb belanja cP makan McD kat sana dan jugak belanja tambang 
Jasamu dikenang! Pasni kita pegi lagi, belanja lagi ok, haha

Next Vacation: USS (Yahoooooooo!!)


Monday, January 02, 2012

Hepi Besday to me..


Salam Semua
Hehe, hari ni genap umur cP yang ke TooooooT, haha
Doakan cP semoga sentiasa di bawah lindunganNya
Diberikan kesihatan yang baik
Dan diberi kekuatan untuk menjadi hambaNya yang diredhai, Amin..

ps: TQ buat kengkawan yang bagi hadiah kat cP. Terharu!!

Sunday, January 01, 2012

Happy 2012 Uolls

Salam Semua

disini cP ingin mengucapkan..

Hepi Tahun Baru 2012!!