Saturday, February 25, 2012

demam..

Salam semua
hmm, hari ni cP demam pulak
alih2 je tau
mula la pikir bukan2
mcm mana bole demam.
demam biasa ke atau demam lain
harap2 demam biasa je
esok kalo x kebah lagi cP kena p klinik la

doakan cP cepat sembuh ye
amin..
Posted via BlogPost

Tuesday, February 21, 2012

snack n smoothies revisited

Salam semua
bersiaran langsung dr restoren Snack n Smoothies.
Nantikn update seterusnya dr cP ya
Posted via BlogPost

Sunday, February 19, 2012

Jalan Jalan Cari Makan ala ciriPie

Makan, jangan tak makan..

Salam Semua
Dah lama cP kumpul gambar ni, baru la nak buat entry pasal makan2
cP gabungkan sekali la ye, senang

Gambar yang no 1 tu cP dgn kengkawan makan kat Breakfast @ 7 Danga Bay
Makan guna voucher beli kat Mydeal
Dari RM10 jadi RM5
Lauk dia samada ayam atau kambing, pastu bole pilih sos
cP pilih sos Garlic Cheese (kalo tak silap, tula lama sgt baru nak update)
Tapi memang sedap la. Yang warna putih tu
Kawan yg lain ada amek sos blackpepper, sesame. Semua sedap
Yang tak sedapnya kuantiti dia macam dikurangkan. Siap bole kira daging ayam/kambing dia tau
6 ketul jah. Macam tak ikhlas je nak promosi, harga kurang, lauk pun kurang.

Gambar dari no 2-5 tu cP makan kat Hotel Thistle, JB
cP ada seminar kat hotel ni. cP suka sgt kalo ada aktiviti kat hotel
Yela, masa ni la dapat merasa makanan dia
Makanan kat Thistle ni mmg marvelous, semua sedap
Daging dia pun, lembut sangat! Ramai puji
Sayang cP lambat tau kat bahagian luar ada pasta
My peberet food!
Tapi takpela, takde rezeki namanya tu
Next time, kalo pegi lagi hotel ni, sure tak lepaskan peluang makan pasta dia pulak

Gambar yang belen tu, Jumaat lepas cP, Nick dengan Jimmy pegi
Seoul Garden @ City Square JB
1st time cP makan kat sini, konsep steamboat dgn BBQ
Sedap jugak sos dia, nak2 sos kimchi dia, tapi sup dia tak berani amik kimchi sbb pedas
Kitorg makan dari pukul 6.30 sampai 9! Amek ko
Bayar mahal beb, melantak la sampai puas kan.
Oh yek, kitorg ada take a brake utk solat, hehe

Makan2 ni ala2 Bachelor Party Jimmy la
Dah selamat dia jadi laki orang hari ni
Banyak yang dibualkan, yelah bukan senang nak jumpa Jimmy ni
Last cP jumpa dia, 2tahun lepas kot, padahal opis dgn umah dia dekat sgt
cP doakan perkahwinan Jimmy dan Honey akan berkekalan hingga ke Syurga, Amin
dan tak lupa juga Terima Kasih sebab belanja kitorg

Hah itu jela Jalan-Jalan Cari Makan ala ciriPie
Sorry cP tak buat sistem pemarkahan.
Kalo korg nak pegi, bukan kira pun kan kalo cP cakap x sedap, kan..
Yelah, tunas rasa kita tak sama, dan pandangan pun subjektif.
Sekian dulu dari cP. Berjumpa lagi di entry akan datang, insyaAllah.

Festival Layang-Layang & Sarang Buaya Pasir Gudang

Layang-layang terbang melayang
Terbang melayang di tengah bendang
Ingin aku sampaikan, pesan penuh kasih sayang
La la la, haha lirik dah macam apa!

Ingat tak lagu tu? Lagu Rina Khan kalo tak silap cP
Santai je lagu tu, terkenang kembali nostalgia lama, hiks!

Hah, pepagi tadi, sesudah selesai hujan, cP kontek Faiz, nak pegi tgk layang2 tak
Faiz yang suggest, so pagi tadi sbb dah takde apa nak buat, cP ajak la dia pegi
Wah kemain pagi cP siap2, sambil ajak Nick, tapi sian dia tak sihat
(Nick, cepat sembuh ya!)

So, pukul 9 cP dah bertolak dari rumah ke Pasir Gudang (PG)
Disebabkan cP bawak tak laju mana, perjalanan amek masa 40minit jugak
Seram la nak bawak laju2, sebab banyak lori kat jalan ke PG tu
Sampai je kat tapak festival, dalam kol 9.45, cP kontek Faiz
Rupanya dia tak kuar lagi, sbb meneran, hahaha
cP tunggu jela, sambil2 jalan tgk layang2 terbang melayang

Dlm kol 10.15, Faiz datang, so kitorg apa lagi
Snappy sana, snappy sini la, aktiviti wajib
Nak2 si Faiz, mmg tak lepaskan peluang
Yelah setahun sekali je acara ni diadakan
Yang paling penting, nak amek gambar dia mesti ikut kehendak dia
Pening kepala cP nak layan *jgn marah aaa

cP tengok, angin tak berapa nak ada, sepoi2 bahasa je
So, layang2 yang ringan je banyak dapat terbang
Yang besar, 3D tu. ala2 kempis gituh
Yelah, angin takde, camne dia nak naik kan

Dari pukul 10.15 tu, membawak ke pukul 2, angin masih biasa je
Yela, minggu ni kan banyak hujan, tak macam minggu lepas, kering kontang.
Mungkin sebab tu la angin tak berapa nak kencang
Akhirnya, lepas pukul 2.30, kitorg bergerak ke destinasi berikutnya
Sarang Buaya @ Tanjung Langsat

Antara gambar yang sempat dirakam

cP @ Sarang Buaya Tanjung Langsat, PG

Korang penah tgk buaya?
Hah, tengok gambar kat atas tu, cP berani pegang buaya tau!
Jangan main2
Kitorg beli tiket ni masa kat Festival Layang2 tu
Dari RM4 dapat diskaun 50% *I like..
Sampai kat Sarang Buaya ni dalam pukul 3.30
Kenapa lambat sangat? Gerak 2.30, pukul 3.30 baru sampai?
Eh, bukan apa, kitorg pegi melantak dulu
Lapo la, so kitorg p makan kat Pusat Bandar

Memula nak makan kat Restoran Sasa, tapi lauk dia banyak dah abis
So, kitorg pegi pulak ke Food Court, dan menerai Nasi Ayam Goreng Pak Long
Marvelous tau! Sup dia sedap! Ayam dia pada cP ok la, tapi Faiz suka
Dia kata macam Ayam Masak Merah
Selera masing2 kan. cP siap tambah sup lagi, sedap punya pasal
Lepas melantak tu, barula kitorg ke Tanjung Langsat

Pada cP, jauh jugak la nak menyampai ke Tanjung Langsat tu
Jenuh jugak la memerah handle moto
Nasib baik la jalan dia lengang, so takdela nak gerun sangat.
Sampai je kat Sarang Buaya, kitorg buat aktiviti wajib,
Apa lagi kalo bukan Snappy!
Tgk la pic kat atas tu, itu baru cP, kalo korg tgk Faiz bergambar, Pengsan!
Macam2 gaya dia nak buat tau!
cP bab2 amek gambar ni pemalu sikit sbb tak pandai posing
Bukan fotogenik gitu..

Kitorg tgk gitu2 je, sebab tak banyak mana pun buaya dia
Abes snappy2, hujan pun turun, apa lagi, bergegas kitorg ke Café dia
Dulu masa cP datang, café ni tak bukak lagi
Kali ni, meriah!

Kitorg cuma minum2 je, sbb masih kenyang
Bila hujan macam reda sikit, Faiz siap ngajak ke arah laut
Siap bergambar cucuk bintang lagi! Kelas ko Odah!
Kendian, hujan balik, maybe sbb dah kena cucuk kan
Berteduh la balik kat Café tu, bila ujan dah reda lagi sekali, cepat2 kitorg blah

Alhamdulillah, cP selamat sampai dalam pukul 6.40
Jalan bole jem yang amat, walaupun cP bawak moto tp cP tak berani nak menyelit2
Ntahlah, mmg penakut kot
Tapi,ada aku kesah? Haha

Hah sampai situ aje aktiviti hujung minggu cP
Terima kasih Faiz sebab banyak belanja. Jasamu dikenang!
Dan terima kasih sebab sudi membaca!

Festival Lelayang

Salam semua
bersiaran dari Pasir Gudang
nantiKan update dr cP ye

mesti snappy banyak2 ni
Posted via BlogPost

Thursday, February 16, 2012

silent mode please!

Salam semua
Kali ni cP bersiaran dr opis
sementara tunggu hujan reda sikit, meh cP tulis satu entry ringkas

td cP ada seminar kat satu hotel ni
cP suka sgt p seminar kat hotel
bukan sbb nak dgr pun, tp sbb dah terbayang mknn yg bakal dinikmati, haha

Buat yg x tau, cP ni suka makan orangnya
Kalola ada byk duit, dah tentu cP akan buat percutian ala Jalan2 Cari Makan.
kenal satu tempat tu dgn mknn dia

tp cP bukan nak cite ttg mknn dia yg sgt sedap itu, tp cP nak cite psl etika org ketika menghadiri seminar
wah serius pulak kan bunyinya, x mcm gedik santai pun..
yup, ini isu serius

apa la gunanya ada silent mode yg ada kat telefon tu
masa kat majlis mcm ni la kena gunakan
oh, Sblm ada sape2 ckp "org gomen mmg camtu", kena la cP bgtau awal2 yg seminar tu di hadiri oleh org yg keje swasta jugak..

bila dh start majlis mula la nak berbunyi2 dengan nada yg pelik2
ingatkan lupa nak silentkan tp pastu dgr lagi nada yg sama
haish, mmg x tau bahasa la tu
x tau menhormati majlis dan org yg berckp kat dpn

tu belum lagi yg dpt panggilan tp x reti nak bawak ke luar dewan
bole pulak ko berborak kat situ
apa la salahnya just ckp "saya kat seminar ni, nanti saya call balik". Xkan itu pun nak ajar kot?

apa la mentaliti org skrg.
maybe diorg nak berbangga dengan bunyik nada deringan yg pelik2 kot
atau pun nak menunjuk henset diorg yg super smartphone tu

org mcm ni x layak pegi majlis formal!

ps: cP pun xde la baik sgt, tp x penah lupa silent mode dlm apa2 majlis. yup, cP skema orgnya.
: ni dh kat umah br nak post

Posted via BlogPost

Sunday, February 12, 2012

Universal Studio Singapore USS

Snapshot Percutian Di Universal Studio Singapore

Nota: Blog ini bukanlah blog percutian, maka ianya tidaklah lengkap mana. Sesuai dengan tema Gedik Santai, cP hanya menulis mengikut lenggok Mak Limah saja..


Salam semua.
Mesti dah lama tertunggu2 cP upload dan update cite psl USS kan
Hah, jom cP mulakan..

Tanggal 5 Februari 2012 yang lepas, bersamaan hari Ahad atau Maulidur Rasul
cP, Nick, Cengot, Sak dan Engku telah bersama2 menyerang USS atau nama penuh dia Universal Studio Singapore

Hah gambar yang kat atas tu kiranya semua yg berlaku dari awal msk sampaila masa balik

Kitorg berkumpul kat stesen bas berdekatan dengan umah cP
cP Agency (hehe), telah mengatur tiket USS dan juga tiket bas pegi-balik
Kalo guna pakej luar, dalam RM200, tapi sbb cP sendiri yg cari, bole dapat RM195
Sbbnya, tiket USS tu dalam Singapore Dollar, makanya kalo rate dia jatuh, murahlah korg dapat. (xde maknanya nak murah mana, sbb kita beli sikit je..)

Dr stesen bas, kitorg bergerak kearah bandar pd pukul 8.30pg
Yg x bestnya, bas yg kitorg naik tu x terus ke USS, tapi bole pulak dia amik penumpang lain, yang bertaburan kat mana2 tah
Dah abis amek semua penumpang, kitorg gerak ke imegresen.
Nak tau kol bape geraknya? Dlm kol 10 baru smpi imegresen hokey!

Kat imegresen Malaysia, senang aje. Kitorg pakai yg self check in kot nama dia
Letak passport dalam poket dia, pastu taruk ibu jari kat pengimbas dia
Ikut aje arahan kat skrin, memula takut jugak, takut salah buat
Tapi tgk makcik2 pun bole, xkan cP xleh kan..

Kat imegresen Spore pulak, humang aih, byk pulak orang nak msk Spore
Banyak barisan, tapi semuanya penuh. Yang buat kitorg sakit hati, barisan kitorg mcm x bergerak! Rupa-rupanya pegawai yang check kat barisan kitorg tu mcm strict abes
Sampai nak suruh pakai spek dan check IC bagai

Ko dah tau barisan tu pjg yg amat, jgn la strict sgt, bukannya nak dibom pun Pulau ko tu
Ntah apa2! Tensen tau masa tu. Nasib baik kitorg x buat Flash Mob kat situ
Sure kena tangkap, pastu masuk News On 5 kol 9.30mlm (Pengsan!)

Dh lepas bagai imegresen, kitorg bergerak ke USS..
Yaa Beedaa Bedooo

Dari Umah sampai Ke Globe Universal Studio

Sampai je kat ruang hadapan USS, acara wajib, amek gambar kat Globe tu
Hah kat sini kemain memasing posing bagai, biasala bukannya hari2 dtg USS
Sebelum masuk USS, cP sempat beli ole2, ala Fridge Magnet aje
Harga bole tahan, bole pengsan jugak kalo convert ke RM
Over ko USS, satu menatang kecik tu pun nak jual mahal-mahal
Dahla skrg ni rate ko tgh tinggi
cP mampu beli 2 je (ko mampu?, haha)
Of coz la korg mampu beli lagi byk, korg byk duit..
Oh ye, sebenarnya xyah rushing pun beli kat luar
Kat dalam byk ko! cP kiranya kena tipu la ni
Sbb sebelum pegi cP sibuk survey dan study blog org, diorg suruh beli awal
Kang melepas, padahal… sampai balik ada aje Fridge Magnet tu terjual

Abes je cP shopping, terus kitorg berlima masuk USS dengan rasminya
Wah jakun betul cP kat dalam tu, macam kat dunia yang lain
Cantik sangat bangunan dia tau, snap sana, snap sini.
Disebabkan banyak sgt kamera dan henset, so cP kurangla snappy
Semuanya enter frame kawan punya je, hehe
Oh ye, jangan lupa amek pamphlet Studio Guide dia
Ada kat stand kiri dan kanan permulaan jalan, senang, ada map bagai
Senang la nak rancang apa nak buat dalam tu

Nasib baik kitorg ada guide x berlesen, Nick nama dia
Gigih tau, dia nak temankan kitorg punya pasal
Kalo xde dia, ntah2 kitorg lost kat dalam tu
TQ Nick! Jasamu kami kenang!

Hah kat sini cP dah ingat-ingat lupa kronologi perjalanan, haha,
Tula lama sgt amik masa nak update, hamek ko!
Tapi sbb blog ni nama dia Gedik Santai, maka cP pun menggedik la ye, haha
Utk pengetahuan, USS beroperasi dr kol 10am-7pm ye

Lepas dah banyak snappy sana sini, Nick ajak kitorg masuk Tranformers The Ride
Tapi waiting time dia 90minit, orang yg jaga siap advice lagi, “better p main yg lain dulu, tapi kalo korg nak bazirkan masa menunggu, terpulang”
Ntah hapa2. Tapi cP suggest, kalo waiting time dia x lama sgt, korg tunggu aje. Sbb cP rekomen abis, biar main benda ni 2 kali. Mmg sgt berbaloi tau!
Tapi disebabkan kitorg malas nak menunggu sgt, sbb cara dia cakap mcm x kasi tunggu aje, kitorg pun ke tempat lain nama dia Lights, Camera, Action!


cP sibuk tanya si Nick, apa yg akan kita hadapi, yelah cP ni penakut amat orangnya
Asyik nak menjerit bagai, tapi bila Nick kata best, xde yg takut2, so lega la, sikit
Bila dah masuk aje dalam set penggambaran tu, mula2 kita disajikan dengan briefing dari people in-charge, masa ni x paham sgt apa dia ckp, ngangguk jela..
Pastu disajikan pulak dengan Steven Spielberg punya video, bla bla bla
Lama jugak tau, ada dalam 10 minit, bosan!
Tapi bila dah masuk kat set bebetul dia, wow! Mmg menakjubkan
Itu aje cP bole cakap. Kang cakap lebih2 spoil pulak
Yang cP nak nasihatkan, sila amik row pertama, kalo bole volunteer tau!
Row pertama la yg paling best skali, dapat tgk depan2 ko. Merasa!

Abes je kat Lights, Camera, Action! Kitorg jalan2 lagi kearah Ancient Egypt.
Sambil2 tu adalah tgk performance The Rockafellas, B-Boy jah
Pastu dia panggil2 orang ajak berdansa bersama, kitorg cepat2 larikan diri (larikkk)
Byk tau Street Entertainment dia, korg bole dapatkan jadual dia kat kedai ole2
Dlm banyak2 tu, kitorg tgk 2 je, yg B-Boy dengan Waterworld, yang lain x tgk
Sbb tak tau jadual, hahahaha
So kalo bole jangan lupa amik map dan jadual show, sbb kawan cP kata Donkey Live kat Far Far Away best!
Kawan cP, Cengot, panggil donkey tu kambing, sbb dah mcm kambing kata beliau

Dah sampai area Ancient Egypt apa lagi, snappy lagi la dengan pengawal Anubis
Pastu ada Conan (Conan ke?) dengan Cleopatra sekali
Masa tu dah ala2 tengahari, lapo la kan, dari tadi berbekalkan sarapan je perutnya
Tapi kata Nick, better naik dulu Revenge of the Mummy
Apa lagi, kitorg pun naik la. Oh ye, beg kena tinggal kat locker ye. Kitorg x kena bayar pun sbb x lebih 20minit simpan barang.
Ride kat Revenge of the Mummy ni 2nd best after Transformer
Jangan takut naik tau, kalo cP, Sak dgn Engku yang penakut ni bole main
Korang pun mesti bole punya. Mmg best!!
Kalo ada byk masa lagi, main 2 kali tau!

Gambar ngan mascot dia

Gambar kat atas tu diamek sambil2 kitorg jalan sekitar USS.
Sebenarnya ramai lagi mascot yg ada, tapi tula, samada barisan terlalu panjang atau mascot tu dah nak berenti berehat.
Nak amik gambar pun kena beratur ko, bak kata Nick “chantik ke”
Tapi kitorg gigih jugakla beratur. Gambar tu nanti aka nada petugas dia tolong amikkan. cP suggest kalo korg pegi satu kumpulan, biarla semua masuk gambar sekali.
Jangan macam org lain, bole pulak nak amek solo. Kan ke menyusahkan dan membazirkan masa orang lain.
Kitorg semua dah balik tu baru la tuko2 gambar (Bluetooth)
Teknologi ada, gunakanlah. Hehe

Makan kat Oasis Spice Café

Hah tadi lapo kan, so kitorg pun makan la kat Oasis Spice Café yang dekat je dengan ride Revenge of the Mummy tu
Makanan kat sini berorientasikan Mesir la konon, padahal beriayani jah
Kitorg amik set, senang. Tapi set-set pun x masuk air, pelik!
Yg kitorg amik set Ramesses dan Pharaoh
Yang Ramesses tu $13.80, Pharaoh $14.80
Tapi lepas tgk bil, pelik tau, Ramasses di tambahkan dengan prata yg x perlu
Dan kena tambah lagi $1.60. Sekeping roti prata $1.60? Bengong!
Air kena beli asing, Milo Ais dia $3.50.

Hah kat sini ada adegan Gedik-gedik Santai tau, melibatkan Cengot dan Pomp Kaunter

Pomp : What do you want sir?
Cengot: Ice Lemon Tea
Pomp : Ice Tea?
Cengot: No, Ice Lemon Tea
Pomp : Ice Tea?

X alih, ada sorg abang tu sound “Ice Lemon Tea takde, Ice Tea je ada, pomp ni baru keje, tak tau” dengan nada marah.
Yang bodohnya pomp tu, kan ke senang kalo awal2 ko cakap “we don’t have Ice lemon Tea, only Ice Tea”
Hah kan ke senang tu, daripada ko asik ulang soalan yang sama macam kaset rosak
Nasib baik Encik Cengot x cakap “How much, berapa?”
Mau menangis ko balik umah sbb tak tau nak jawab apa. Rasain! Bebal!

Sambil2 makan, cP tgk2 la kawasan sekitar Café tu, bole tahan
Merasa makan2 kat zaman purba Mesir..

Snappy sana, snappy sini

Habis je makan, kitorg teruskan pengembaraan lagi sambil bersnappy2
cP rumuskan jela ye permainan apa yang kitorg main. Sebab macam dah tak larat pulak nak menaip panjang2.
Ni pun dah amik seminggu utk menulis, haha

Antara permainan yang kitorg main lepas makan dan tanpa ikut turutan ialah:-
Jurassic Park Rapids Adventure: Ride ni macam ride kat Sunway Lagoon jah, naik satu boya besar tu, duduk dalam 9 orang. Jangan lupa beli Poncho aka Rain Coat yang dijual kat situ. $2. Mmg sure basah. X banyak, sikit. Kat sini bole la tengok Dinosaur yang dah pupus dirobotkan. Siap pusing2 lagi boya tu, pening kepala. Pastu ada lif lagi, Kelas Ko Maria!

Canopy Flyer: Hah yang ni pulak, ala2 flying fox, cumanya kita x senggayut guna tangan dan turun dari bukit. Bole naik 4 orang dalam satu masa. Bayangkan duduk dalam bas yg dua seat pandang blkg, dua seat pandang depan. Hah perasaan dia pun samala macam dalam bas tu, kalo bas kedepan, yg duduk hadap depan okla, sama je, yang duduk hadap blkg kan rasa macam ditarik. cP kebetulan duduk yang menghadap blkg (jangan jangan main belakang, eh!), gerun jugak la. Sbb agak laju jugak dia gerak. Sempat la jugak menjerit sedas dua, padahal budak sebelah cP maintain je main xde perasaan. Ah lantak! Nasib baik kejap je, x sampai pun 30 saat dah abes.

Dino-Soarin: Game untuk budak2 sebenarnya, tapi ada kitorg kesah? Yela kat sini x banyak sgt la ride dia, so main jela apa yg ada. Nak naik roller coaster Human VS Cylon tu, jangan harap la. Cengot sorang je berani main. Tahniah Cengot!
So, game ni just duduk kat dinosaur yang terbang2, pastu tekan button dia (jangan lepaskan) untuk bagi dia naik. Tinggi gak tau dia naik, tapi xdela sampai orang gayat macam cP ni nak takut. Tinggi2 biasa aje. Pastu nanti dah tinggi, barula korang lepaskan butang tu, hah tengok apa jadi. Meriah!

Water World: Masa cP pegi, dia ada dua masa je. 12.30pm dan 4pm. So, jangan terkejut la kalo tgk orang ramaiiiii sgt. Nasib baik la dia bole masuk ramai, maybe dalam 1000 orang kot dalam satu masa. Masa nak pilih seat tu, pastikan warna dia. Kalo berani nak basah lencun, sila la duduk kat barisan depan sekali, kalo nak basah lite2, dudukla barisan tgh macam kitorg (lupa dah warna seat). Dan lagi satu kalo bole duduk tu jangan terhalang dengan segala tiang bagai, sian kang x nampak sgt macam Nick. Dalam ni banyak bunyik kuat tau, so jangan terkejut sangat. Relaks je. Enjoy the show. Kalo mmg rezeki korg, dapat la mandi free, nikmat! Yelah panas tau kat USS tu.

4 game/ride diatas tu kat The Lost World

Kat Madagascar pulak kitorang main Madagascar: A Crate Adventure. Ride ni, kita naik satu boat tu, dalam 12 orang kalo x silap, pastu dia akan bawak la kita tgk segala macam pengembaraan yang dilalui oleh Alex, Martin, Melman dan Gloria. Ala, sama aje macam cite katun Madagascar tu. Naik jangan tak naik..

Kat Far Far Away pulak kitorg masuk ke studio aka panggung wayang Shrek 4-D Adventure. Kalo korang penah tgk movie 3D kat wayang, kat sini 100x ganda lagi best dan real tau. 3D dia mmg nampak real, sampai ada orang depan cP siap elak2 lagi. Haloo, tu bukan real ok nak elak2. Over! Ditambah dengan effect kerusi bergerak dia, mmg The Best 4D experience cP penah rasa. Korang pun jangan lupa try Donkey Live dengan Echanted Airways (Junior Roller Coaster). Kitorang x sempat merasa dua2 ni.

Kat Sci-Fi City pulak kitorg naik TRANSFORMERS The Ride: The Ultimate 3D Battle
Dari sebelum jejak kaki ke USS, Nick dah bagitau this is the best ride ever, in USS. Sbb tu la masa awal2 masuk dah terus nak terjah, tapi dia suruh main lain pulak. Kali ni pun sama jugak, waiting time dia 45minit, dia pun ada cakap soh main lain dulu, tapi kitorg masuk jugak. Ala lantakla kan, masa kita yang dibazirkan pun. Nasib baik kitorg main tau, kalo x mmg x sempat, sbbnya USS tutup pukul 7. Pukul 6 dah ada Parade (nanti cP cite).
Mmg betulla dia kata waiting time dia 45minit. Nak tau sbb apa? Beratur dia kemain la panjang, macam dalam maze pulak. Ingatkan dah abes, dia sambung lagi. Korang rasa la nanti perasaan kitorg masa beratur tu. Siap menguap berirama lagi tau. Lamanya tuh. Nasib baik masa dah sampai giliran tak mengantuk, kalo tak, sia-sia je beratur.
Mmg betulla kata Nick, the best ever! Sayang tak dapat naik dua kali. cP xleh nak cakap lebih2, yg cP bole cakap, mmg berbaloi beratur panjang. Sangat-sangat berbaloi tau!

Nota: Surau yang bole memuatkan 6orang dalam satu2 masa ada berdekatan ngan Roller Coaster Human vs Cylon. Sila rujuk map. Motip sangat buat surau kecik, pastu dekat pulak dengan sumber orang menjerit2.

Hollywood Dreams Parade

Dah dekat2 kol 6, korang akan disuruh kosongkan kawasan jalan, sbb perarakan nak dimulakan. Memula kitorg x paham, yelah masa Nick pegi xde bende ni. Tapi ikut ajelah kan. Parade ni secara tak langsung sebagai acara penutup la untuk pengalaman korg selama berada kat USS ni.
So kat atas tu serba sedikit gambar yang diamek masa parade tu. Kiranya kitorg beruntung la dapat tgk sbb Parade ni dia buat hari Sabtu Ahad dengan Hari Perayaan kalo x silap. Rupanya ni la beza harga tiket $68 dengan $74. Extra $6 untuk bayar orang berarak la tu. Patutla masing2 senyum melebar aje, siap salam2 lagi pengunjung, rupanya dah dibayar! So, kalo korang nak tgk parade ni, kenalah datang Peak Days, ye. Masa Parade tu amek je video atau gambar byk2. Kalo yang berarak tu kekwat, ko jerit dengan dia “Hoi, kitorg bayar tau”. Rasain!

Abes je Parade ingatkan nak try last ride Treasure Hunters,kononla berlari2 macam masuk Amazing Race. Bila dah sampai tempat tu, dia kata, ride tu rosak, tgh buat maintenance. Masa tu dah dalam kol 6.30 kot, dia kata lagi 30minit siap. Yooolah tu, bukan pukul 7 semua dah kena tutup ke? Pandai ko tipu kan. Nasib baik la kitorg pegi tempat lain, itu pun dah ala2 nak tutup. Banyak jugak la ride/game yang tak dapat naik sebab kesuntukan masa

Snappy sebelum balik ke Tanah Air..

Kesimpulannya, va-k kitorg ke USS ni sangat-sangat best dan berbaloi. 9jam yang diperuntukkan mmg la rasa macam x lama pun. Yelah, korang nak bergambar lagi, nak berjalan lagi, nak makan lagi. cP galakkan korang survey dulu dari blog2 percutian yang lengkap, dan rancang apa yang korg nak buat dalam tu. Maybe kalo penat, cari ride/game yang duduk aje. At least xde la buang masa melepak kat kerusi2 yang ada. Dan kalo berani, cubala roller coaster Human vs Cylon tu. Kata Cengot best! Pening2 la tapi.
Dan kalo korang rasa dah xde bende nak buat lepas abes tu (dlm kol 8 dia dah halau kita kuar) pastikan beli tiket balik 8.30. Mcm kitorg dah terbeli tiket 9.30, so tu yang jenjalan sekitar USS sambil snappy2. Padahal dah tak larat sgt kaki nak berjalan. Masuk je dalam bas, masing2 senyap, tidur.
Pasni maybe akan pegi lagi USS, tapi bukan dalam masa terdekat la. Tunggu ride lain yang akan dibuka, sbb katanya dia mmg akan ada bukak ride baru. Dan pasni nak pegi pulak Lego Land kat Nusajaya tu.

Sampai di sini dulu coretan cP. Maaf kalo tak lengkap mana, seperti yang cP kata, ini bukan blog percutian. Ini blog Gedik Santai. InsyaAllah, va-k lepas ni Cameron Highland pulak. X sabar!
Sak n Engku, korang pulak jadi Agency ye. SEX Agency. Sak and Engku eXperience Agency, ekek

Saturday, February 11, 2012

seram la pulak...

wah, seram la pulak
Esok cP start blk blajo kete lepas dah bape lama stop
ingat lagi ke tidak agaknya..
abes la cP esok..

news flash:
hmm cP x jd pegi. mula2 hilang kad biru yg sekolah memandu tu bg. ok lg la kan, sbb bole mintak br. skali, dh stat moto bagai, wallet pulak xde. puas cari. ni mesti keje Si anak buah. xde mood sudah. camne nak p Kalo ic xde
Mood:tensen..

news flash II

la.. dlm poket seluar rupanya. ingatkn smlm masa beli sarap, pakai suar jeans. rupanya suar lain. sian anak sedara jd mangsa

Posted via BlogPost

Friday, February 03, 2012

transition oh transition

aduh penat pulak nak menaip dua kali
td cP dah buat kat blogspot, tp x bole pulak dia post
hilang mcm tu aje
ini 2x tensen namanya!!

sabar... sabar...
nak diringkaskan
I hate VK4U eyecare and Transition Lens!!
Menci menci menci!

Posted via BlogPost