Makan, jangan tak makan..
Salam Semua
Dah lama cP kumpul gambar ni, baru la nak buat entry pasal makan2
cP gabungkan sekali la ye, senang
Gambar yang no 1 tu cP dgn kengkawan makan kat Breakfast @ 7 Danga Bay
Makan guna voucher beli kat Mydeal
Dari RM10 jadi RM5
Lauk dia samada ayam atau kambing, pastu bole pilih sos
cP pilih sos Garlic Cheese (kalo tak silap, tula lama sgt baru nak update)
Tapi memang sedap la. Yang warna putih tu
Kawan yg lain ada amek sos blackpepper, sesame. Semua sedap
Yang tak sedapnya kuantiti dia macam dikurangkan. Siap bole kira daging ayam/kambing dia tau
6 ketul jah. Macam tak ikhlas je nak promosi, harga kurang, lauk pun kurang.
Gambar dari no 2-5 tu cP makan kat Hotel Thistle, JB
cP ada seminar kat hotel ni. cP suka sgt kalo ada aktiviti kat hotel
Yela, masa ni la dapat merasa makanan dia
Makanan kat Thistle ni mmg marvelous, semua sedap
Daging dia pun, lembut sangat! Ramai puji
Sayang cP lambat tau kat bahagian luar ada pasta
My peberet food!
Tapi takpela, takde rezeki namanya tu
Next time, kalo pegi lagi hotel ni, sure tak lepaskan peluang makan pasta dia pulak
Gambar yang belen tu, Jumaat lepas cP, Nick dengan Jimmy pegi
Seoul Garden @ City Square JB
1st time cP makan kat sini, konsep steamboat dgn BBQ
Sedap jugak sos dia, nak2 sos kimchi dia, tapi sup dia tak berani amik kimchi sbb pedas
Kitorg makan dari pukul 6.30 sampai 9! Amek ko
Bayar mahal beb, melantak la sampai puas kan.
Oh yek, kitorg ada take a brake utk solat, hehe
Makan2 ni ala2 Bachelor Party Jimmy la
Dah selamat dia jadi laki orang hari ni
Banyak yang dibualkan, yelah bukan senang nak jumpa Jimmy ni
Last cP jumpa dia, 2tahun lepas kot, padahal opis dgn umah dia dekat sgt
cP doakan perkahwinan Jimmy dan Honey akan berkekalan hingga ke Syurga, Amin
dan tak lupa juga Terima Kasih sebab belanja kitorg
Hah itu jela Jalan-Jalan Cari Makan ala ciriPie
Sorry cP tak buat sistem pemarkahan.
Kalo korg nak pegi, bukan kira pun kan kalo cP cakap x sedap, kan..
Yelah, tunas rasa kita tak sama, dan pandangan pun subjektif.
Sekian dulu dari cP. Berjumpa lagi di entry akan datang, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment
cP suke dikomen..