Layang-layang terbang melayang
Terbang melayang di tengah bendang
Ingin aku sampaikan, pesan penuh kasih sayang
La la la, haha lirik dah macam apa!
Ingat tak lagu tu? Lagu Rina Khan kalo tak silap cP
Santai je lagu tu, terkenang kembali nostalgia lama, hiks!
Hah, pepagi tadi, sesudah selesai hujan, cP kontek Faiz, nak pegi tgk layang2 tak
Faiz yang suggest, so pagi tadi sbb dah takde apa nak buat, cP ajak la dia pegi
Wah kemain pagi cP siap2, sambil ajak Nick, tapi sian dia tak sihat
(Nick, cepat sembuh ya!)
So, pukul 9 cP dah bertolak dari rumah ke Pasir Gudang (PG)
Disebabkan cP bawak tak laju mana, perjalanan amek masa 40minit jugak
Seram la nak bawak laju2, sebab banyak lori kat jalan ke PG tu
Sampai je kat tapak festival, dalam kol 9.45, cP kontek Faiz
Rupanya dia tak kuar lagi, sbb meneran, hahaha
cP tunggu jela, sambil2 jalan tgk layang2 terbang melayang
Dlm kol 10.15, Faiz datang, so kitorg apa lagi
Snappy sana, snappy sini la, aktiviti wajib
Nak2 si Faiz, mmg tak lepaskan peluang
Yelah setahun sekali je acara ni diadakan
Yang paling penting, nak amek gambar dia mesti ikut kehendak dia
Pening kepala cP nak layan *jgn marah aaa
cP tengok, angin tak berapa nak ada, sepoi2 bahasa je
So, layang2 yang ringan je banyak dapat terbang
Yang besar, 3D tu. ala2 kempis gituh
Yelah, angin takde, camne dia nak naik kan
Dari pukul 10.15 tu, membawak ke pukul 2, angin masih biasa je
Yela, minggu ni kan banyak hujan, tak macam minggu lepas, kering kontang.
Mungkin sebab tu la angin tak berapa nak kencang
Akhirnya, lepas pukul 2.30, kitorg bergerak ke destinasi berikutnya
Sarang Buaya @ Tanjung Langsat
Antara gambar yang sempat dirakam
cP @ Sarang Buaya Tanjung Langsat, PG
Korang penah tgk buaya?
Hah, tengok gambar kat atas tu, cP berani pegang buaya tau!
Jangan main2
Kitorg beli tiket ni masa kat Festival Layang2 tu
Dari RM4 dapat diskaun 50% *I like..
Sampai kat Sarang Buaya ni dalam pukul 3.30
Kenapa lambat sangat? Gerak 2.30, pukul 3.30 baru sampai?
Eh, bukan apa, kitorg pegi melantak dulu
Lapo la, so kitorg p makan kat Pusat Bandar
Memula nak makan kat Restoran Sasa, tapi lauk dia banyak dah abis
So, kitorg pegi pulak ke Food Court, dan menerai Nasi Ayam Goreng Pak Long
Marvelous tau! Sup dia sedap! Ayam dia pada cP ok la, tapi Faiz suka
Dia kata macam Ayam Masak Merah
Selera masing2 kan. cP siap tambah sup lagi, sedap punya pasal
Lepas melantak tu, barula kitorg ke Tanjung Langsat
Pada cP, jauh jugak la nak menyampai ke Tanjung Langsat tu
Jenuh jugak la memerah handle moto
Nasib baik la jalan dia lengang, so takdela nak gerun sangat.
Sampai je kat Sarang Buaya, kitorg buat aktiviti wajib,
Apa lagi kalo bukan Snappy!
Tgk la pic kat atas tu, itu baru cP, kalo korg tgk Faiz bergambar, Pengsan!
Macam2 gaya dia nak buat tau!
cP bab2 amek gambar ni pemalu sikit sbb tak pandai posing
Bukan fotogenik gitu..
Kitorg tgk gitu2 je, sebab tak banyak mana pun buaya dia
Abes snappy2, hujan pun turun, apa lagi, bergegas kitorg ke Café dia
Dulu masa cP datang, café ni tak bukak lagi
Kali ni, meriah!
Kitorg cuma minum2 je, sbb masih kenyang
Bila hujan macam reda sikit, Faiz siap ngajak ke arah laut
Siap bergambar cucuk bintang lagi! Kelas ko Odah!
Kendian, hujan balik, maybe sbb dah kena cucuk kan
Berteduh la balik kat Café tu, bila ujan dah reda lagi sekali, cepat2 kitorg blah
Alhamdulillah, cP selamat sampai dalam pukul 6.40
Jalan bole jem yang amat, walaupun cP bawak moto tp cP tak berani nak menyelit2
Ntahlah, mmg penakut kot
Tapi,ada aku kesah? Haha
Hah sampai situ aje aktiviti hujung minggu cP
Terima kasih Faiz sebab banyak belanja. Jasamu dikenang!
Dan terima kasih sebab sudi membaca!
Norshiela amin la yg nyanyi
ReplyDeletemesti lagu feveret ko kan?
tertunai juga impian ko nak dtg tgk festival ni
cuma x brapa best pasal angin x kuat kan
x pe, tahun depan dtg lg
haha
faiz: eh bukan rina khan eh? haha *maluuu*
ReplyDeleteinsyaAllah tahun depan dtg lagi